Saturday, August 30, 2008

KACIP FATIMAH


NAMA HERBA: Kacip Fatimah
NAMA SAINTIFIK: Labisia Pumila

BOTANI:
Biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika. Tumbuhan yang tidak mempunyai batang ini tumbuh menegak dan mempunyai ketinggian 30 – 60 sm. Mempunyai antara 5 – 10 helai daun. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di malaysia ialah: Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.

KEGUNAAN:
Batang dan akar kacip fatimah direbus untuk mendapat air rebusan yang diminum oleh wanita hamil untuk merangsang, memudah dan mempercepat proses bersalin.
Ia dikatakan dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan, merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Minuman ini juga diminum untuk mengatasi masalah angin dalam perut dan memulihkan tenaga.

LEMPOYANG


NAMA HERBA : Lempoyang
NAMA SAINTIFIK : Zingziber zerumbet

BOTANI :
Tumbuhan yang sama seperti spesies halia. Daun dan rizomnya berakar seperti halia.Tumbuh meliar di kawasan tanah pamah. Mempunyai bunga yang cantik. Ketinggian 30 – 50cm dari tanah. Membiak melalui pecahan rizom dan pecahan rumpun.

KEGUNAAN:
Mandian ibu bersalin dan dibuat ulam. Membersihkan kulit , menambah selera makan, mengubat disentri, buasir, menghilangkan cacing, buang angin, bisa-bisa badan.
ENGLISH ARTICLE
WILD GINGERThe picture above is of the lempoyang or wild ginger inflorescence growing from a ginger plant in Tuan Haji Ahmad Hasnin's garden. Ginger as we all know is the closest linked to one in what is known as Chinese Ginger. Again, though there are several types of edible Ginger, commonly included in food preparation, one stands out as real "Ginger" - is this species - under the group name of Zingiber. Halia in Malay. Scientifically as Zingiber officinale. The flower is now locally recognized as "Shampoo" by the florist. The color of the inflorescence varies with locality and also the age of the bloom. They would normally seen as a cluster of "Flowers" Some clusters can grow quite big having more than 20 inflorescence at one time. This is an annual affair.There are three common species of this flower, zinziber spectabile (tepus tanah), zinziber puberlum (lempoyang anjing) and zinzerber griffithil (tepus merah). For more information and pictures of lempoyang, please visit: http://naturepark.freeservers.com/ginger/02zingiber.htm

MERUNGGAI

NAMA HERBA : Merunggai, Ramunggai, Rembugai, Lembugai, Kacang Kelur.
NAMA SAINTIFIK : Moringa Oleifera Lam.

BOTANI :
Ditanam secara biji tetapi lebih kerap ditanam secara keratan dahan yang dicucuk terus di tapak tanaman. Daun majmuk terbahagi 2 atau 3 helai daun kecil dan banyak pada setiap daun. Bunga kecil dalam jambak yang besar, berwarna putih atau kuning muda dan wangi.

KEGUNAAN:
Seluruh bahagian pokok terutamanya daun digunakan sebagai herba untuk melawaskan pembuangan air kecil, membantu penghadaman, penawar keracunan darah dan ubat salap. Biji dijadikan minyak untuk gout atau rheumatisme. Daun ditumbuk lumat ditampal atas perut untuk mengeluarkan cacing. Akar direbus dan diminum sebagai tonik, merangsang haid, penawar racun, penawar penyakit kulit, selsema, kurang daya fizikal, skurvi dan tonik paru-paru.

MENGKUDU


NAMA HERBA : Mengkudu
NAMA SAINTIFIK : Morinda Citrifolia

BOTANI :
Tumbuh liar di kawasan hutan dengan ketinggian – 8m . Daun besar . Buah besar, isi putih dan biji hitam. Membiak melalui biji benih atau anak.

KEGUNAAN:
Sebagai ulam. Menguatkan metabolisme jika diamalkan selalu. Pembersih dalaman, bengkak sendi, rawat luka, cirit birit, demam, gout. Daunnya dibuat pembalut tungku. Buahnya untuk melancar peredaran darah, menguat otot , tenaga batin, mencegah kelemumur dan asma, kahak, gatal kulit. Jusnya untuk masalah tekanan darah tinggi, masalah penghadaman, melawaskan pembuangan air kecil.

Monday, August 18, 2008

LEMBA


NAMA HERBA : Lemba
NAMA SAINTIFIK : Curculigo Latifolia

BOTANI :
Tumbuh secara berumpun yang agak besar. Ditemui di kawasan belukar. Daunnya ringkas , hijau keras, berbentuk bujur. Daunnya menirus pada kedua-dua hujung dan pangkalnya. Bahagian tepi daunnya licin dan banyak urat pada permukaannya. Mempunyai bunga berwarna kuning. Buahnya berada dalam bentuk tandan seperti buah pinang dan mempunyai rasa yang manis. Rasa manisnya akan melekat agak lama pada lidah, sehinggakan makan makanan lain atau minum air putih akan merasa sangat manis. Membiak melalui rizom.

KEGUNAAN:
Buahnya dijadikan campuran dalam sirap seperti biji selasih dan berfungsi menyejukkan badan kita. Mempunyai khasiat menyembuhkan sakit kepala dan ulser mulut. Merawat kencing manis , melegakan bengkak, mengubat luka, penawar demam malaria.

POKOK AJAIB



NAMA HERBA: Pokok Ajaib
NAMA SAINTIFIK: Synsepalum dulcificum

BOTANI:
Merupakan sejenis pokok yang unik. Bersesuaian dengan namanya buah yang berbentuk beri ini akan memberikan kesan peneutralan ke atas sebarang asid. Walaupun buah ini sebenarnya hanya tawar, ia menyebabkan setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis. Tumbuhan dari keluarga Sapotaceae ini boleh ditanam didalam pasu yang besar. Ia adalah tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika hidup di habitat yang menyerupai habitat asalnya. Kebiasaannya ia boleh tumbuh sehingga 5 hingga 6 kaki. Ia menghasilkan buah sepanjang tahun. Ia akan menghasilkan buah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam. Bunganya kecil berwarna putih. Buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika mudah dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak. Setiap buah mempunyai satu biji. Lapisan yang menyaluti biji ini walaupun tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis. Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih. Untuk menanam pokok ini tanah yang agak berasid diperlukan.Ia dapat hidup sempurna pada tanah yang mempunyai pH antara pH 4.5 hingga 5.8. Ia akan mati jika diberikan air yang terlalu banyak namun tetap memerlukan air yang mencukupi.

KEGUNAAN:
Dalam perubatan buah ini digunakan untuk merawat demam, kencing manis, malaria, buasir dan batuk. Kandungan gula semulajadi yang dihasilkan oleh buahnya juga amat berguna untuk membantu pesakit kencing manis.

Sumber:
http://www.melur.com/

Sunday, August 17, 2008

DERHAKA MERTUA

NAMA HERBA : Derhaka Mertua
NAMA SAINTIFIK : Plumbago Indica
BOTANI :
Tumbuhan renek. Batangnya separa berkayu dengan ranting yang mudah lentur. Daunnya ringkas berbentuk bujur dengan bahagian hujung daun yang runcing. Permukaan daunnya licin dan berkedut. Mempunyai bunga yang cantik dan berwarna merah terang Ia selalunya tumbuh di kawasan teduh dari cahaya matahari. Membiak dari keratan batang dan benih.
KEGUNAAN:
Mengubati sembelit, ubat batuk, bronchitis, angin dalam perut, antiradang, kudis buta dan melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk menggugurkan kandungan di zaman dahulu. Ia mengembalikan kecergasan badan.

Saturday, August 16, 2008

YESTERDAY, TODAY AND TOMORROW


NAMA HERBA: Yesterday, today and tomorrow
NAMA SAINTIFIK: Brunfelsia pauciflora

BOTANI:
Pokok ini tergolong dalam ketagori tumbuhan beracun, jika termakan ia boleh menyebabkan pengeluaran air liur yang berlebihan ,sesak nafas,sawan, anak mata membesar dan pucat lesi. Boleh tumbuh pada ketinggian hingga 9 kaki. Bunganya berwarna ungu tua yang akan berubah menjadi ungu muda (lavender) dan akhirnya menjadi putih. Bunganya mempunyai 5 kelopak dan berbau harum. Biasanya dijadikan tumbuhan laman dan hiasan taman. Membiak melalui keratan batang. Juga boleh menghasilkan buah(jarang-jarang dijumpai). Ia memerlukan air yang banyak dan suka kepada tempat yang agak redup.

KEGUNAAN:
Selain dari kesan aromaterapi yang boleh menenangkan dari baunya yang harum, tiada khasiat perubatan yang diperolehi untuk spesies ini.

Sumber: http://melur.com/
Botanical name: Brunfelsia pauciflora (B. calycina)Plant family: Solanaceae
Type of plant: Evergreen shrub

The name of the above plant is Yesterday, Today and Tomorrow. Why is it so called? It is because when the flowers first open they are purple, then they turn pale lavender and finally white, and that is why yesterday-today-and-tomorrow is an aptly named little shrub.

MAS COTEK


NAMA HERBA : Mas cotek
NAMA SAINTIFIK : Ficus deltoidea

BOTANI :
Merupakan tumbuhan menumpang pada pokok lain. Tumbuh di kawasan belukar atau pergunungan. Ketinggiannya lebih kurang 20 kaki. Di batangnya terdapat buah yang terbit di celah daun. Bentuk daunnya bulat dan besar atau bujur telur atau lonjong. Daun yang bulat merupakan mas cotek betina sementara yang bujur merupakan mas cotek jantan. Daunnya hijau berkilat dan mempunyai bintik emas di permukaannya manakala di bahagian bawahnya berwarna kuning emas dan tompok-tompok hitam.

KEGUNAAN:
Mengecutkan rahim, merawat masalah wanita, mengekal awet muda. Boleh mencegah dan menyembuhkan penyakit paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancar peredaran darah , gout dan rawatan sakit kulit, migraine, angina akhmar, memotong kolesterol.

LELIPAN


NAMA HERBA: Lelipan
NAMA SAINTIFIK: Pedilanthus tithymaloides (L) Poit. var variegata.

BOTANI:
Asalnya dari famili Euphorbiaceae. Pokoknya dari jenis renek dengan ketinggian di antara 1 – 1.5 m. Batangnya berbentuk zig-zag, lurus, agak lembut, licin dan berwarna hijau tua. Daunnya kecil dan tebal dalam susunan berselang, berbentuk bujur dan runcing di hujung serta mempunyai warna berbelang antara hijau muda, merah jambu dan putih. Bunganya pula berwarna merah dan keluar di pucuk. Ia ditanam sebagai tanaman hiasan di dalam pasu atau di tempat terbuka.

KEGUNAAN:
Tumbuhan ini juga sering ditanam sebagai pokok pagar. Kegunaannya, akar pokok ini digunakan sebagai “emetik”. Manakala getah daripada batangnya yang hijau digunakan sebagai ubat “kutu belut” (kutil), atau ubat bisa sengatan lipan dan kala jengking.
Sumber: http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a58721.htm

LEMUNI


NAMA HERBA: Lemuni
NAMA SAINTIFIK: Vitex Trifolia var Negundo

BOTANI:
Tumbuhan dari jenis renek yang boleh mencapai ketinggian 1 hingga 4 meter.Satu tanggai daun memegang 3 daunnya,dengannya daunnya berkilat dibahagian atas.

KEGUNAAN:
Akarnya boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin. Boleh juga digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara memanaskan daunnya didalam periuk yang panas tanpa dicampur air. Daun yang panas ini kemudiannya ditekapkan pada luka tadi. Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit beri beri, rheumatik dan cirit birit dan juga boleh digunakan sebagai antiseptik.Di Malaysia daunnya yang telah ditumbuk bersama bawang putih, lada hitam, kunyit dan nasi, kemudian digentel kecil-kecil digunakan selalunya untuk merawat sakit kepala, mata berair dan juga untuk menggalakkan pertumbuhan janggut. Ia juga digunakan untuk merawat kanser payudara. Selain itu daunnya boleh juga dijadikan bantal untuk mengubat sakit kepala. Daunnya dijadikan ulam dan bahan campuran ketika memasak nasi dan juga dapat membunuh jentik-jentik. Boleh juga digunakan sebagai ubat nyamuk (nyamuk aedes).

Sumber: http://www.melur.com

DUKUNG ANAK

NAMA HERBA: Dukung Anak
NAMA SAINTIFIK : Phyllanthus Niruri

BOTANI:
Tumbuh terbiar di sekeliling rumah dan bersama tumbuhan lain. Tumbuhan ini berbuah pada batang di bawah daun. Mempunyai ketinggian 50- 70 cm. Batangnya tumbuh menegak dan daunnya tumbuh secara majmuk dan berselang-seli antara 6 – 10 mm. Pokok ini berbatang lembut dan bercabang-cabang. Setiap cabang ditumbuhi daun berbentuk tunggal. Daunnya bujur, panjang dan di hujungnya tajam. Permukaan bawah daunnya terdapat biji-biji kecil yang berwarna hijau muda. Mempunyai bunga di bahagian bawah dan di atas daun.

KEGUNAAN:
Mujarab untuk masalah hati, ginjal, batuk, luka, lebam, ulser dan cirit-birit. Ia juga baik untuk demam kuning bayi baru lahir. Selain daripada itu boleh mengubati masalah sembelit , membersihkan darah dan menurunkan kolesterol badan. Mengubati sakit saluran kencing , batu karang, masalah hati, ginjal, penyakit hepatitis dan demam kuning kanak-kanak. Mengurangkan tekanan darah tinggi, mengawal diabetis dan menghalang sakit hempedu.

BUNGA TAHI AYAM

NAMA HERBA: Bunga Tahi Ayam
NAMA SAINTIFIK : Lantana camara linn.

BOTANI :
Tumbuh dalam satu perdu tegak yang merambat. Mempunyai cabang dan ranting yang banyak. Terdapat 2 jenis iaitu yang berduri dan tidak berduri. Tumbuh meliar di tempat lapang yang terdedah kepada cahaya matahari. Biasanya di tanam sebagai tanaman hiasan. Baunya agak keras menusuk hidung. Daunnya tumbuh bujur dan tajam di hujung. Tepi daunnya bergerigi . Bunganya tumbuh kecil-kecil dan berbentuk corong dalam satu kuntum yang bulat. Mempunyai pelbagai warna iaitu merah terang, ungu, kuning, putih dan lain-lain.

KEGUNAAN:
Daun, bunga dan akarnya dipercayai boleh mengubati masalah sakit kulit, mengurangkan bengkak bisul dan menyembuhkan luka yang berdarah. Ditumbuk lumat dan tampal ditempat yang sakit.

BAMBU/MAMBU


NAMA HERBA: Bambu
NAMA SAINTIFIK : Azadirachta indica
BOTANI :
Pokok yang popular di kalangan masyarakat India. Boleh mencapai ketinggian sehingga 3-5m. Mudah tumbuh dan ditanam di tempat lapang serta terdedah kepada cahaya matahari. Tumbuh menegak dan berbatang tunggal. Pada satu batang ditumbuhi banyak dahan serta cabang. Dalam satu batang ditumbuhi banyak daun yang kelihatan seperti pucuk. Daun bambu bujur, tajam dan tepinya bergerigi berwarna hijau muda dan sedikit coklat.

KEGUNAAN:
Upacara sembahyang bagi masyarakat India. Berguna untuk merawat demam campak, merawat gastrik dan demam.

JARUM TUJUH BILAH


NAMA HERBA : Jarum Tujuh Bilah
NAMA SAINTIFIK : Pareskia saecnarosa

BOTANI :
Kaktus yang mempunyai daun. Tumbuhan lasak. Boleh hidup subur di kawasan iklim tropika. Membiak dengan kaedah mencantas atau dicucuk. Daunnya tebal, hijau tua, permukaannya rata, licin dan bujur. Pada batangnya terdapat 7 batang duri meruncing tajam. Bunganya pelbagai warna. Yang biasa dilihat adalah warna jingga dan ungu.

KEGUNAAN:
Dijadikan ulam. Merawat barah usus dan hidung. Dikatakan mampu mencegah kanser. Melegakan lenguh-lenguh badan, mengurangkan sakit kepala, meredakan gout.

INAI


NAMA HERBA : Inai
NAMA SAINTIFIK : Lawsonia Inermis

BOTANI :
Tumbuhan renek yang mempunyai bunga berwarna pucat. Daunnya berwarna hijau gelap dengan bintik-bintik kehitaman. Bintiknya menentukan kemerahan warna inai itu. Semakin hitam bintik semakin merah warna yang dikeluarkan. Membiak melalui keratan batang dan biji benih.

KEGUNAAN:
Untuk memerahkan kuku, merawat luka kecil dan luka dalaman wanita lepas bersalin, Mengubat sakit perut dan mengembalikan seri muka. Juga boleh mengubati sakit kuning pada bayi dan melembutkan rambut.

LEMPOYANG

NAMA HERBA : Lempoyang
NAMA SAINTIFIK : Zingziber zerumbet

BOTANI :
Tumbuhan yang sama seperti spesies halia. Daun dan rizomnya berakar seperti halia.Tumbuh meliar di kawasan tanah pamah. Mempunyai bunga yang cantik. Ketinggian 30 – 50cm dari tanah. Membiak melalui pecahan rizom dan pecahan rumpun.

KEGUNAAN:
Mandian ibu bersalin dan dibuat ulam. Membersihkan kulit , menambah selera makan, mengubat disentri, buasir, menghilangkan cacing, buang angin, bisa-bisa badan.

Friday, August 15, 2008

MENGENALI HERBA


Herba bermaksud pokok-pokok yang berbatang lembut dalam istilah botani. Manakala dalam istilah biologi, herba bermaksud pokok atau bahagian tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perkara-perkara seperti penjagaan kesihatan, pengeluaran minyak pati, perisa makanan dan ekstraksi untuk produk semula jadi. Dalam maksud yang lain herba ialah tumbuhan perubatan dan tumbuhan beraroma.

Bahagian-bahagian tumbuhan yang dimaksudkan ialah seperti bunga, daun, buah, batang, akar dan rizomnya. Cendawan juga diklasifikasikan sebagai herba.

Tidak semua bahagian pada sebatang pokok mempunyai fungsi yang sama dan terhad untuk merawat sejenis penyakit sahaja. Setiap bahagian tumbuhan tersebut mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Contohnya, mungkin bahagian buah pokok tersebut dapat menyembuh penyakit yang berkaitan dengan organ, manakala daunnya pula berfungsi sebagai ubat pupuk untuk luka atau sebagainya. Manakala bunganya pula berfungsi sebagai bahan penjagaan diri.

Sumber: Panel Penulis PCT (2006). Siri Menerokai Alam Botani: Herba. Bukit Serdang: Penerbitan PCT.

DAUN KARI


NAMA HERBA : Kari
NAMA SAINTIFIK : Murraya Koenigii

BOTANI :
Pokok renek yang mempunyai ketinggian 0.9 – 6m. Ditanam di halaman rumah, Hidup subur di zon tropika. Membiak melalui bijibenih dan keratan batang atau anak. Mempunyai bau yang kuat dan rasanya pahit.

KEGUNAAN:
Sebagai rempah dalam masakan terutamanya kari. Digunakan sebagai tonik herba, cirit-birit, buasir, kencing manis, mencegah uban, merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa, lebam dan bengkak.

Thursday, August 14, 2008

MARKISSA (PASSION FRUIT)



NAMA HERBA: Markisa, Passion Fruit
NAMA SAINTIFIK : Passiflora edulis

BOTANI :
Boleh di tanam di mana sahaja dan boleh berbuah sepanjang tahun tanpa terhalang oleh iklim dan cuaca.

KEGUNAAN:
Boleh dibuat jus, dan sirap. Baik untuk kesihatan dan kecantikan. Boleh mengubati kanser, darah tinggi, menurunkan kolesterol dan sebagai antioksidan. Batangnya boleh dibakar untuk mematikan hama, abunya boleh dibuat lulur kosmetik untuk badan sementara minyaknya boleh digunakan untuk boleh digiling dan dapat mengeluarkan minyak untuk mengubati kerutan pada kulit wajah.

POKOK BUNGA KESIDANG


NAMA HERBA: Bunga Kesidang, Tikar Seladang, kerak nasi
NAMA BOTANI: canangrium scortechinii

KETERANGAN
Pokok Kesidang atau juga dikenali sebagai Tikar Seladang atau juga Kerak Nasi merupakan sejenis pokok renek yang mempunyai bunga putih dan berbau harum.
Ia mempunyai perdu setinggi ± 3 meter. Tumbuh tegak dengan daun majemuk, berbentuk payung berpasangan.

Sumber:
ENGLISH WRITE-UP
BUNGA KESIDANG
I bought the kesidang plant (also known as kerak nasi and pokok tikar seladang) this morning as I wanted more new plants to add to those in the Herb Garden. 'Kesidang ‘ or ‘canangrium scortechinii’ is a special small plant . The stems are small yet hard and the branch blooms on the tip. This plant consist a type of latex, the leaves are similar to the 'sirih’ and it gives shade to other trees nearby . It’s small shape and soft characteristic makes it the choice of decoration in high and respected places.The traditional community of Melaka uses the ‘Kesidang flower’ to groom the female’s hair, bride’s accessories and ritual ceremonies such as ‘tapak sirih’ and 'bunga rampai’. 'Kesidang’ represents the humble character and personality of the people of Melaka whom are friendly and courteous.
This tiny white flower has very nice fragrance like the pandan or pandanus leaves. The tiny white flowers can be used to keep as potpourri because they smell so nice!

HEMPEDU BUMI

NAMA HERBA : Hempedu Bumi
NAMA SAINTIFIK : Andrographis paniculata

BOTANI :
Herba semusim yang tumbuh menegak. Tumbuh meliar di kawasan tanah lapang. Sesuai ditanam di kawasan kering dan terdedah kepada cahaya matahari. Boleh mencapai ketinggian 60 – 70 cm. Berdaun kecil , bujur, runcing, hijau pekat dan licin dan tersusun secara bersilang. Bunganya tumbuh sekali-sekala dan jarang-jarang pada tangkainya.

KEGUNAAN:
Untuk kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kanser atau gangguan antoimun termasuklah HIV, AIDS. Juga boleh digunakan untuk kulit gatal atau terkena gigitan serangga, mengubati berak berdarah, cirit-birit, sakit tekak dan demam.

DELIMA



NAMA HERBA : Delima
NAMA SAINTIFIK : Punica granatum L.

BOTANI :
Ditanam sebagai tanaman hiasan. Sesuai ditanam di kawasan kering dan terdedah kepada cahaya matahari. Berdaun kecil dan memanjang seperti daun inai. Tingginya mencapai 5m. Batangnya bulat dan kecil, bercabang-cabang. Bunganya kembang berbentuk loceng. Buah warna merah jambu ketika masak dan muncul di hujung daun. Isinya manis berbentuk kristal kecil berwarna merah jambu.

KEGUNAAN:
Bunganya digunakan untuk meredakan gatal tekak. Isinya baik untuk jantung dan usus, barah kulit, antioksida, bisul. Jusnya membersihkan mulut dan gigi, menjernihkan suara yang serak, batuk, keracunan makanan , melangsingkan badan. Kulitnya baik untuk cirit-birit, buasir, radang paru-paru, ulser rahim, ubat cacing, kencing manis .

PUTAT




Nama Tempatan: Putat
Nama Saintifik: Barringtonia racemosa (L.) Spreng
Nama Lain: Putat kampung, putat ayam, lamog (Filipina)
Famili: Lecythidaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar
Keterangan:
Putat merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan tepi sungai atau berhampiran dengan kawasan yang berpaya. Ia merupakan sejenis pokok yang bersaiz sederhana dan boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter.Ia di jumpai tumbuh dikawasan asia tenggara dan kepulauan pasifik.
Terdapat dua jenis putat yang selalunya dijadikan ulam oleh masyarakat melayu iaitu putat hijau dan putat merah. selain dari pucuknya buahnya juga boleh dijadikan ulam.Ada juga putat yang dipanggil putat laut(Barringtonia asiatic) seperti namanya putat ini biasa dijumpai tumbuh berhampiran dengan pantai.daunnya juga agak berbeza dengan daun putat paya dengan warna daunnya hijau gelap yang berkilat.Bentuk buahnya juga berbeza.
Walaupun habitat asalnya berhampiran dengan laut ia juga boleh ditanam dalam medium yang lain.
Untuk keterangan lanjut mengenai putat laut dan gambarnya sila ke http://www.forestry.sarawak.gov.my/forweb/np/np/tdpic/tdemb.htm. Ini pula pautan untuk putat : http://toptropicals.com/catalog/uid/barringtonia_racemosa.htm
Kegunaan:
Ekstrak biji putat terbukti secara saintifik mempunyai sifat anti kanser. Di kerala India biji putat digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang menyerupai kanser(ketumbuhan).
: melur.com

PATAWALI


NAMA HERBA : Patawali
NAMA SAINTIFIK : Tinospora crispa

BOTANI :
Batangnya menggerutu seperti batang ubi tetapi habitatnya memanjat seperti sireh. Mampu hidup bertahun-tahun lamanya. Daunnya berbentuk hati dan uratnya bercabang-cabang tumbuh sepanjang batang. Keseluruhan pokoknya pahit.

KEGUNAAN:
Mampu merawat berbagai jenis demam, kencing manis, melawaskan pembuangan air kecil. Melegakan gatal-gatal dan ubat luka.

SIREH



NAMA HERBA : Sireh
NAMA SAINTIFIK : Piper betle L.

BOTANI :
Sejenis tumbuhan memanjat. Ketinggiannya 10 – 15 kaki. Membiak melalui keratin batang dan anak yang akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah. Daun sesil yang berwarna hijau dan licin Purata saiz ialaah 60 cm panjang x 2.5cm lebar, hujung daun adalah runcing.

KEGUNAAN:
Mengubat penyakit wanita, nafas berbau, badan berbau, demam selepas bersalin, mencuci vagina. Mengubat bisul, gusi bengkak, radang tekak, terseliuh, sakit kepala, batuk kering, ulser mulut, geraham berdarah dan sebagi antiseptic. Dimakan bersama pinang , menaikkan semangat pahlawan.

BEBUAS

NAMA HERBA : Bebuas
NAMA SAINTIFIK : Premma Cordifolia

BOTANI :
Pokoknya sederhana besar tetapi ada yang boleh mencapai ketinggian 7 -8m. Daunnya tumbuh tunggal dari batang dan dahan. Bersaiz sederhana beerbentuk hati dan warnanya hijau muda. Pucuk rangup dan mempunyai rasa pahit untuk menambahkan selera makan.

KEGUNAAN:
Sebagai ulam dengan cara mencelur dahulu. Berkhasiat membuang angin dalam badan dengan cepat, masalah kecacingan, menambah susu ibu.

MULBERI




NAMA HERBA: Mulberi
NAMA SAINTIFIK: Morus L.

BOTANI:
Sebuah pokok kecil dengan ketinggian antara 1 hingga 6 meter. Tergolong dalam genus Morus. Terdapat pelbagai jenis mulberi antaranya mulberi hitam (morus nigra), mulberi putih (morus alba), mulberi merah (morus rubra) dan pelbagai jenis lagi. Boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang.

KEGUNAAN:
Buah mulberi sesuai dipelbagaikan ke dalam masakan seperti pai, tat, kek dan juga dijadikan jus. Ia juga boleh dimakan begitu sahaja. Mulberi hitam mempunyai rasa dan bau yang paling kuat sekali menyebabkan ia digunakan secara komersial untuk menghasilkan perisa dan pewarna berasaskan mulberi.Daun mulberi yang tua boleh dijadikan teh dan berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu ia juga mampu mengurangkan sakit-sakit otot terutamanya pada lutut

JARAK PAGAR


NAMA HERBA : Jarak Pagar
NAMA SAINTIFIK : Jatropha curcas

BOTANI :
Mempunyai ketinggian yang sederhana . Berdaun hijau yang lebar dan berbuah seperti buah anggur. Mempunyai getah yang terdapat pada batang dan buahnya dan boleh menyebabkan keradangan kulit.

KEGUNAAN:
Buahnya boleh dibuat minyak untuk rawatan rambut gugur. Daunnya dijadikan penawar kepada penyakit rheumatism, lumpuh, hernia, arthritis ubat cacing bagi kanak-kanak. Getahnya untuk mengubat sakit gigi.
JARAK PAGAR: WIND BUSTER
Last Friday, my colleague, Puan Hajjah Zamrudah's sister came and visited her here in Seri Manjung. At that time she was heavily pregnant but not due to deliver yet. However, on Friday morning she began to have labour pains and was sent to hospital. Puan Zamrudah told me that they were hoping that the baby would be born on 08.08.08 but that was not to be. The baby only decided to make an appearance on 09.08.08. By the way, the Chinese also consider 9 an auspicious number. It symbolises longevity.This morning, Puan Hajjah Zamrudah went to the Taman Herba or Herb Garden to get some leaves to be used to get rid of "wind" for her sister who is in confinement in her house. The Malays and also the Peranakan Chinese would heat an oval shaped stone (the size of about two fists joined together) taken from the river and then wrap it with the leaves of either the mengkudu plant or the lengkuas plant to help draw the wind from the lady who has just given birth. The leaves from the jarak pagar plant can also be used. You can use one type of leaf to wrap the heated stone or all the three types of leaves together. This process is called "tungku" in Malay.For your information, an iron bar is sometimes used in place of the stone. The heated stone wrapped in the leaves will then be compressed on to the lower abdominal area until the stone is cold. For a natural birth, this procedure will be done about three days after delivery. It should be done daily throughout the confinement period. This is followed by a herbal massage by the midwife or bidan.