Monday, September 29, 2008

TERUNG SUSU KAMBING






NAMA HERBA: Terung Susu Kambing
NAMA SAINTIFIK: Solanum Mammosum L.

BOTANI:
Biasa ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bentuk dan warna buahnya yang menarik. Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian hingga 4 kaki. Ia merupakan tumbuhan tropika. Bunganya ada yang ungu dan ada juga yang putih.Buahnya berwarna kuning terang dan mempunyai banyak biji berwarna coklat didalamnya. Ia membiak melalui biji benih dan merupakan tumbuhan dikot dari famili solanaceae, iaitu sama famili dengan terung-terung yang lain seperti terung biasa dan terung pipit.

KEGUNAAN:
Digunakan dalam perubatan tradisional Melayu untuk mengubat penyakit darah tinggi, kencing manis, buasir dan barah buah dada. Untuk penyakit darah tinggi, bahagian yang digunakan ialah buahnya.Sebiji buahnya dilubangkan dengan jarum pada bahagian hujungnya.Ia kemudiannya direbus hingga mendidih dan airnya diminum 2 gelas sehari.

Sumber: http://www.melur.com/

Monday, September 1, 2008

RESIPI HERBA: KERABU MENGKUDU


Bahan-bahan :

Daun mengkudu
Bawang merah
Halia
Lengkuas
serai
Kelapa yang digoreng tanpa minyak

Cara-cara:
1. Hiris daun mengkudu halus-halus.
2. Hiris halus bawang merah , halia, lengkuas, serai.
3. Gaul mengkudu dan bahan-bahan yang dihiris halus bersama kelapa yang digoreng .

RESIPI
PN. IDAYATI BT ABD WAHAB

BUNGA KAMUNTING CINA



NAMA HERBA : Kemunting Cina
NAMA SAINTIFIK : Catharanthus Roseus

BOTANI :
Tumbuhan herba yang mempunyai batang berwarna ungu dan berdaun hijau. Merupakan pokok hiasan. Getah pokoknya beracun. Daunnya tersusun secara berselang-seli . Berbunga putih dan merah jambu.

KEGUNAAN:
stesmaforeverMenyembuh diabetis, darah tinggi, barah, terkena gigitan serangga, cirit-birit, hidung berdarah, mengurangkan pendarahan luka.

ASSAM SUSUR/ROSELLE




NAMA HERBA : Asam Susur; Roselle
NAMA SAINTIFIK : Hibiscus sabdariffa
FAMILI: Malvaceae
NAMA CINA: 洛神葵

BOTANI :
Pokok renek yang boleh mencapai ketinggian 4 m. Batangnya berkayu pada bahagian pangkal. Daunnya ringkas, susunan selang-seli, pelbagai bentuk, panjang 8-15 sm, lebar 6-14 sm. Bunga tunggal berwarna merah atau kuning pada ketiak bunga. Buah jenis kapsul yang merekah menjadi 5 bahagian, mengandungi banyak biji. Boleh ditanam dengan biji atau keratan dahan.

KEGUNAAN:
Sebagai julap. Boleh mengawal ulser perut, melancarkan kencing, meredakan kesakitan kencing kotor, boleh membuka selera, membantu melancarkan aliran darah, memecahkan lemak dan mengurangkan kolesterol. Boleh dijadikan tonik untuk menyejukkan badan, meningkatkan pengeluaran peluh, menyihatkan kulit. Baik untuk kesihatan mata, mampu menyembuhkan rabun malam, mengawal darah tinggi dan sel-sel barah, menyembuhkan demam dan panas badan, batuk, menyembuhkan luka. Mujarab untuk menghaluskan kulit tapak kaki , tumit yang keras. Selain itu boleh dibuat jus, halwa, jem, acar dan seduhan.

POKOK GINSENG JAWA


NAMA HERBA : Pokok Ginseng Jawa
NAMA SAINTIFIK : Talinum Triangulare

BOTANI :
Bentuk daunnya memanjang sedikit dan hampir menyerupai daun sambung nyawa. Batangnya berwarna hijau di bahagian atas, berwarna coklat di bahagian bawah. Mudah ditanam dengan mematahkan batangnya. Ia mudah berbunga di mana kuntum bunganya kecil dan berwarna ungu. Akan muncul di hujung dahan.

KEGUNAAN:
Dibuat ulam. Menambah selera makan, dapat menambah susu ibu, meredakan batuk dan masalah paru-paru seperti asma. Jika selalu mengamalkannya boleh melegakan sakit darah tinggi dan kencing manis.

BUNGA CORONG



NAMA HERBA: Bunga Corong
NAMA SAINTIFIK : Allamanda Catharica
BOTANI:
Tanaman hiasan rumah dan dijadikan pagar.Tumbuh memanjat ke atas dan boleh mencapai ketinggian sehingga 6m. Mudah tumbuh di tempat yang mendapat saliran yang baik. Mempunyai warna yang menarik seperti kuning dan ungu terang. Bunga-bunganya keluar dari hujung batang berbentuk karangan bunga dalam satu atau dua kuntum. Bentuknya seperti loceng atau corong berkelopak lima. Daunnya tumbuh tunggal, tebal dan berkilat.
KEGUNAAN:
Daunnya boleh dibuat digunakan untuk merawat sakit kulit seperti bisul dan kurap. Daunnya dilumatkan dan ditampal di tempat sakit. Getah pokoknya boleh digunakan untuk membunuh jentik-jentik.