NAMA BOTANI: Cassia alata
DIVISI: Magnoliophyta
KELAS: Magnoliopsida
Famili: Fabaceae
KEGUNAAN PERUBATAN:
Dalam perubatan tradisional, Gelenggang digunakan bagi merawat panau atau kurap. Bersihkannya terlebih dahulu, kemudian tumbuk daun tersebut bersama sedikit minyak tanah sehingga lumat. Setelah itu gosokkan daun yang telah lumat tersebut pada bahagian yang dijangkiti penyakit itu.
KEGUNAAN LAIN
Daun pokok gelenggang juga sesuai untuk dijadikan sebagai ulam sayuran. daun pokok gelenggang juga boleh bertindak melawaskan sembelit.