Thursday, August 6, 2009

TEMU KUNCI



Saya menjumpai Temu Kunci semasa membeli-belah di Tesco Ipoh. Ia dijual dengan harga RM13.00 sekilo. Kunci yang dibeli saya hanya RM1.18. Sebenarnya Taman Herba sekolah saya ada pokok ini tetapi saya ingin menambah lagi tanaman dalamnya.

Berikut adalah maklumat tentang herba ini.

NAMA TEMPATAN: Temu kunci
NAMA SAINTIFIK: Boesenbergia rotunda (L.)
NAMA LAIN: Kunci, Fingerroot, Chinese ginger, Ao Chun Jiang (Mandarin), Gazhutu, Thai ginger, Fingerwarr.
FAMILI: Zingerberaceae

Temu Kunci adalah sejenis rempah. Ia biasanya dipanggil kunci. Rizomnya yang berbentuk panjang berbau wangi menyebabkan ia juga dijadikan ramuan dalam masakan.

Penggunaan
Rizom temu kunci berkhasiat mengatasi gangguan pencernaan. Daunnya diketahui memiliki kesan antitoksik. Temu kunci merupakan antara bahan popular yang digunakan sebagai jamu lepas bersalin.Ia mempunyai fungsi untuk melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan kecergasan badan.

Cara menggunakan
Untuk membuat jamu yang mudah, 500g temu lawak dan 500 g temu kunci ditumbuk atau kisar bersama-sama. Airnya kemudiannya diminum segelas setiap hari semasa pantang terutamanya pada minggu pertama kelahiran.

Sumber:
http://id.wikipedia.org/wiki/Temu_kunci
http://www.flickr.com/photos/30344835@N03/3065050038/

1 comment:

FAJARSIANG said...

rasanya gambar atas sekali tu bukan temu kunci...tu rasanya pokok ubi bemban...maaf jika saya tersilap