Wednesday, September 2, 2009

FARMASI SEMULAJADI






Unggas dan binatang secara naluri dan semulajadi mengenali tumbuhan untuk mengubati penyakit yang mereka hidapi. Pada minggu lepas seperti biasa saya akan ke pasar Kampung Simee di Ipoh. Pasar ini berdekatan dengan rumah saya. Setelah memparkir kereta, saya terserempak dengan satu kejadian yang jarang diperhatikan oleh ramai orang. Seekor kucing dilihat meneliti rumput rampai yang terdapat di kawasan depan sebuah kedai serbaguna. Dengan gaya kucing itu yang membongkokkan badan,saya tahu kucing itu tidak sihat. Saya difahamkan bahawa kucing mempunyai kebolehan semulajadi untuk mencari rumput ubat untuk penyakitnya. Saya perhatikan kucing itu mengunyah-ngunyah rumput yang ia dapat dan selepas beberapa lama memuntahkan semula.
Kejadian ini menunjukkan keagungan Tuhan untuk memastikan semua makhluknya terpelihara secukupnya.
English version
Birds and animals have an innate ability to identify plants that can treat illnesses that they are suffering. As usual I would go to the Kampung Simee market in Ipoh which is near my house. After parking my car, I saw an incident that is not usually observed by people. A cat was surveying a clump of grass that was in front of a Hardward shop. The cat seemed to be sick. I know that cats have this inborn ability to look for its own medicine when they are sick. I noticed that the cat chewed the grass for a while before vomiting it out.
This incident shows that God makes sure that all his creatures on earth are well taken care of.

No comments: