Tuesday, March 15, 2011

POKOK KAPAL TERBANG


NAMA HERBA: Pokok Kapalterbang, Pokok Jepun, Pokok Jerman
NAMA SAINTIFIK: Chromolaena odorata
GENUS: Chromolaena
FAMILI: Asteraceae

BOTANI:
Merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian diladang atau kebun. Dikelaskan sebagai tumbuhan rumpai dan adalah dari Famili Asteraceae, Compositae. Tumbuhan ini hidup di dalam pelbagai jenis tanah, walaupun tanah berbatu, tetapi tiak dapat hidup di dalam kawasan pokok tebal di mana kanopinya tertutup sepenuhnya. Tumbuhan ini mempunyai batang bebusa dan boleh mencapai ketinggian 2.5 meter. Daunnya mempunyai bau.

KEGUNAAN:
Daun dan bunga diguna untuk merawat luka dan sebagai racun serangga. Dari segi perubatan tradisional ia boleh dijadikan ubat penahan darah. Daunnya dihancurkan bersama sedikit kapur makan dan ditampal di tempat luka.

ENGLISH VERSION

NAME OF HERB Siam WeedChristmas Bush, and Common Floss Flower.
SCIENTIFIC NAME: Chromolaena odorata

GENUS: Chromolaena
FAMILY: Asteraceae

BOTANY:
Chromolaena odorata is considered a weed that needs to be destroyed as far as agricultural practice is concerned.  It belongs to the Asteraceae, Compositae family. This plant can thrive in whatever type of soil.  It can achieve a height of 2.5 metres.  

Uses:
The leaves and flowers can be used to treat wounds and as a pesticide.  In traditional medicine, it is used to stop bleeding.  The young leaves are crushed, and the resulting liquid can be used to treat skin wounds.

Sumber/Source:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Kapal_Terbang
http://en.wikipedia.org/wiki/Chromolaena_odorata
Taman Herba Perak

CEKUR MANIS


NAMA HERBA : Daun turi, Cekur manis
NAMA SAINTIFIK : Sauropus androgynus

BOTANI :
Pokok renek yang senang ditanam sama ada melalui biji, keratan batang. Ia perlu dicantas selalu kerana ia akan tumbuh sehingga 3 – 5 m. Berbatang kecil dan pendek jangka hayatnya. Daunnya sama seperti daun asam jawa dan daun petai. Bertangkai pendek dan menyirip sekitar 20 pasang. Daunnya bujur dan memanjang. Bunganya keluar dalam bentuk tandan dari celah ketiak daun. Berwarna putih kuning, ungu dan merah cair. Buahnya berbentuk kacang panjang dan akan pecah apabila masak.

KEGUNAAN:
Digunakan di dalam masakan dan juga sebagai pewarna. Merupakan antioxident. Selain daripada itu ia digunakan untuk menambah susu ibu.  Digunakan untuk merawat ulcer dan demam panas. Daunnya boleh mencairkan darah beku, melancarkan pembuangan air kecil, menyembuh luka. Bunganya untuk melembutkan kulit.

ENGLISH VERSION
COMMON NAMES: Katuk, Star Gooseberry, Tropical Asparagus, Sweet Leaf, Mani Cai (马尼菜);
SCIENTIFIC NAME : Sauropus androgynus

BOTANY
Can be propagated using seeds, stem cuttings.  Its multiple upright stems can reach 3 - 5 meters in height and bear dark green oval leaves 5–6 cm long.Flat, round, orange/red flowers 1-2cm across, form in the leaf axils.

USES
  • for culinary uses
  • used as colouring
  • increase milk for nursing mothers
  • antioxidant
  • treat ulcers and fever
  • used to treat blood clots
  • for regular bowel elimination
  • for treating wounds
Sumber/sources:

BAYAM PASIR


NAMA HERBA: Bayam Pasir

NAMA SAINTIFIK : Amaranthus Viridis L./Alternanthera sessilis

BOTANI :
Tumbuh tegak dan batang tegap. Daun lebar berbentuk bujur, urat-urat daun kasar dan jelas kelihatan di permukaan bawah. Menyerupai bayam biasa tetapi daunnya lebih kasar dan batang lebih gemuk. Biasanya tumbuh liar tetapi boleh ditanam dengan biji.

KEGUNAAN:
Seluruh bahagian pokok boleh direbus dan diminum. Dapat membunuh cacing dalam perut dan usus, meredakan bengkak, melawaskan buang air kecil, merangsangkan penghasilan susu ibu, merawat masalah hati dan menghentikan cirit-birit. Bunga dan akar boleh dibancuh seperti teh lalu diminum sebagai tonik perut dan berfungsi untuk menghentikan cirit-birit (najis bercampur darah).

BAYAM ITIK


NAMA TEMPATAN/COMMON NAME: Bayam Itik

NAMA SAINTIFIK/SCIENTIFIC NAMEAmaranthus Blithum L.

BOTANI:
Ditanam dengan biji dan mudah bercambah dalam masa beberapa hari sahaja. Pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian 75 sm. Berwarna hijau atu kemerah-merahan dan hidup separuh menjalar. Daun bersaiz kecil berbentuk bujur. Bunga sangat kecil dalm jambak bunga yang bersaiz sederhana dihasilkan. Biji kecil berwarna hitam.

KEGUNAAN:
Seluruh bahagian pokok dimasak seperti bayam biasa. Sedap dimakan dan rasanya manis. Dimakan sebagai ubat bagi tujuan mengeluarkan racun dalam badan.

ENGLISH VERSION
BOTANY
It can be easily planted from seeds and grows easily within a few days.  This small plant can grow until 75 cm.   It is either greenish or reddish and is a semi climbing plant.  The leaves are small and oval shaped.   There are very small flowers in an average size bouquet.  The seeds are black in colour.
USES
The whole plant can be cooked like how we cook spinach.  This sweet tasting vegetable is delicious.  When taken as medicine, it is said to remove toxins or poison from the body.

Sunday, March 13, 2011

SKILFUL WORK WITH GARDEN SHEARS

The new gardener of my school is quite an artistic fella, he managed to fashion the shrubs near the hostel area into such geometric shapes.

MALAY VERSION

MAHIR MENGGUNAKAN GUNTING
Tukang kebun baru sekolah saya merupakan seorang yang artistik, beliau dapat menghasilkan pokok-pokok yang berbentuk geometrik dengan guntingnya.

TAMAN KAKTUS SEKOLAH


Begini rupa jadinya Taman Herba di sekolah yang saya mengajar selepas Empat Tahun ditanam.  Sebenarnya pokok kaktus merupakan tanaman yang sangat senang ditanam dan dijaga.  Ada dua daripada pokok kaktus pun dah berbunga.  Cantik, kan?

ENGLISH VERSION
This is how the Cactus Garden in my school looks after four years. Actually, the kaktus is easy to plant and maintain.  Two of the plants are bearing flowers.  Lovely, aren't they?