Friday, July 20, 2012

AKAR DANI (Quisqualis indica)


Bunga Akar Dani (Nama botaninya Quisqualis indica, dengan nama genusnya Quisqualisnga) yang berbunga kecil dan lebat (kiri), dan yang berbunga besar tapi biasanya kurang lebat (kanan).

Pokok Akar Dani juga dijadikan bahan perubatan tradisional. Rebusan akar, biji atau buahnya boleh dipergunakan sebagai antihelmintik serta juga untuk mengurangkan cirit-birit. Rebusan buahnya juga boleh digunakan untuk merawat nefritis serta juga sebagai ubat kumur, manakala daunnya boleh digunakan untuk mengurangkan sakit yang diakibatkan oleh demam. Akarnya digunakan untuk merawat reumatisme (sengal-sengal tulang), manakala biji dari lenggainya digunakan untuk merawat cacing bulat dan cacing peniti kerana ia boleh meracuni parasit tersebut dan membunuhnya semasa di dalam saluran penghadaman.
(Sumber: Wikipedia BM).
LINK: http://www.facebook.com/RoslanZainalalAhmadi

No comments: