Wednesday, November 11, 2009

ULAM RAJA



Ulam raja dalam gambar di atas ditanam di Taman Herba sekolah saya. Saya dan rakan sekerja gemar makan ulam dan kadang-kadang kami membuat kerabu ulam dengan herba yang kami tanam.
Saya pernah buat satu artikel tentang Ulam Raja. Di sini adalah maklumat tambahan yang saya dapati.

Nama Tempatan: Ulam raja, King salad, Intan berayun
Nama Saintifik: Cosmos caudatus
Famili: Asteraceae

Kegunaan:
  1. Digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang.
  2. Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.
  3. Ulam raja dapat mengurangkan tekanan oksidatif kerana sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidan yang tinggi.
  4. Dimakan sebagai ulam.

Rujukan:

http://www.melur.com/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Ulam_Raja

No comments: