Friday, December 4, 2009

SAMBANG DARAH/FIRESTORM





I am discovering that many of the ornamental plants found in my school have medicinal properties. The above plant with leaves that are green on the top surface and red on the lower surface is known as Sambang Darah or Firestorm.
Below is the information for this plant.
MALAY VERSION
Rupa-rupanya banyak daripada tanaman hiasan yang ditanam di sekeliling sekolah yang saya mengajar ada mempunyai khasiat ubatan. Pokok di atas yang mempunyai daun yang berwarna hijau di permukaan dan berwarna merah di permukaan bawah diberi nama sambang darah. Berikut adalah maklumat tentang pokok ini.
Nama tempatan/Common names: Sambang darah, Daun sambang, Buta-buta, Bebuta, Firestorm, Chinese Croton
Nama saintifik/Scientific name: Excoecaria Cochinchinensis Lour.
Nama Cina/Chinese name: 紅背桂, 青紫木
Famili/Family: Euphorbiaceae
Khasiat ubatan tradisional:
Daun yang ditumbuk lumat ditampal pada tempat berdarah.
Air rebusan daun atau akar pokok ini diminum oleh kaum wanita untuk merawat masalah haid dan sebagai rawatan untuk ibu yang baru lepas bersalin.
Semua bahagian pokok digunakan sebagai ubat untuk demam campak, parotitis, penyakit tonsil, sakit otot.
Uses in traditional medicine:
The pounded leaves is applied to wounds.
Water boiled from the leaves and roots of the plant is drunk by ladies who have menstrual problems and also is used for treatment by ladies in confinement.
All parts are used as medicine for measles, parotitis, tonsillitis, strain of lumbar muscles
Rujukan/References:
Tanaman Hiasan: Khasiat Makanan & Ubatan oleh Ong Hean Chooi

No comments: