Tuesday, December 1, 2009

SENDUDUK




Taman Herba sekolah saya ada Pokok Senduduk Putih dan pokok itu sekarang setinggi enam kaki. Baru-baru ini saya beli Pokok Senduduk Ungu dari Pasar Tani.
Nama tempatan: Keduduk putih; Senduduk Ungu; Senggani; Senduduk Ungu; Bank's Melastoma, Harendog, Indian Rhododendron, Indian-Rhododendron, Malabar Melastome, Straits Rhododendron
Nama saintifik:Tibouchina semidecandra
Famili: Melastomataceae
Keterangan
Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih. Jenis berwarna putih ialah jenis yang paling jarang dijumpai tumbuh liar. Ia ditanam untuk tujuan perubatan.
Kegunaan:
  • Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau.
  • Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama.
  • Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap).
  • Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.
  • Dalam perubatan tradisional senduduk putih digunakan untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita. Dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air.
  • Digunakan dalam perubatan tradisional sebagai tumbuhan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi teresat selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas melahirkan.
  • Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. Daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.
  • Senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, brak berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya.
  • Pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong/bertih/cacar air
Rujukan:

1 comment:

nswong said...

Tibouchina semidecandra