Friday, May 15, 2009

BUNGA MATAHARI

Bunga matahari (Helianthus Annuus L.) mempunyai jangka hayat yang kurang dari satu tahun. Adalah jelas mengapa ia dipanggil bunga Matahari kerana bunganya yang besar, bulat di tengah, dikelilingi kelopak yang banyak, berwarna jingga atau kuning tua seperti matahari. Bunga ini mempunyai biji ynag lebih kecil yang lebih dikenali sebagai kuaci dalam bahasa Cina.

KHASIAT
  • Bunga matahari dipercayai boleh menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Bijinya mengandungi vitamin, fosforus, potassium dan protein. Apabila digoreng, dikatakan boleh mempercepatkan penyembuhan penyakit demam campak, melawaskan pembuangan air kecil dan mengubati penyakit radang buah pinggang.
  • Biji bunga juga mengandungi minyak yang boleh dimakan yang baik untuk kesihatan jantung kerana kandungan lemak politakpetpu yang tinggi dan baik untuk jantung.
  • Daunnya berguna bagi mencegah penyakit barah dan sakit sendi-sendi tlang.
  • Akarnya pula dikatakan boleh mengurangkan batuk, kencing manis dan sebagai julap serta membant meredakan tekanan darah tinggi.
  • Sum-sum atau cairan dari dalam batang dan pangkal bunga pula, boleh menambahkan tenaga dan melancarkan sistem perkumuhan dalam badan terutama saluran air kencing.
  • Bunga Mataharai dipercayai oleh pengamal ubat tradisional untuk meredakan penyakit kencing manis dan penyakit batu karang. Caranya ialah ambil batang dan akarnya kemudian rebus sehingga airnya sejat tinggal kira-kira satu gelas sahaja. Airnya bolehlah diminum dan ulanginya selang dua atau tiga hari.

PENGGUNAAN

  • Bunga matahari boleh dikeringkan lalu disimpan.
  • Bagi mengubati sakit dalam badan pula caranya ialah dengan merebusnya lalu diminum air rebusan itu.
  • Untuk sakit seperti sakit tulang dan barah, lumatkan daun bunga Matahari dan dilumur pada bahagian yang sakit.
  • Bagi wanita yang hamil ditegah dari meminum air rebusan pokok bunga Matahari kerana ia boleh mengakibatkan komplikasi.

Rujukan: Majalah Herba Perubatan Tradisi Zaman-berzaman Jilid 3 keluaran Zebra.

No comments: