Thursday, August 23, 2012

KHASIAT POKOK UBI KAYU



Inilah pokok ubi kayu (Manihot esculenta) yang ditanam oleh pelajar saya di Taman Herba Kolej. Ia ditanam dengan keratan batang. Daun ubi kayu yang direbus sedap dimakan cecah sambal tumis.  
Ubi kayu boleh digunakan untuk mengubati sakit atau pening kepala, selesema dan demam.  Caranya ialah dengan memarut atau menyagat ubi mentah tersebut dan kemudian ditampalkan di kepala atau dahi serta diulangi setiap hari sehingga sembuh.  
Kulit pokok ubi kayu direbus bersama-sama daun sembung terlebih dahulu bagi merawat sakit kuning termasuk yang sering dihidapi bayi baru lahir. Air rebusan kulit pokok ubi kayu dan daun sembung itu kemudian dijadikan air mandian sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Daun-daun tua pula boleh mengubati luka dan bisul iaitu dengan meramas-ramasnya terlebih dahulu dan kemudian ditampalkan di bahagian yang sakit.
Jus dan daun ubi kayu iaitu yang dikisar bersama sedikit air pula boleh mengubati sakit terkena gigitan binatang berbisa. Perahkan daun yang dikisar itu dan titiskan airnya pada bahagian yang digigit untuk mengeluarkan bisanya.

No comments: