Tuesday, July 29, 2008

CEKUR

NAMA HERBA : Cekur
NAMA SAINTIFIK : Kaempferia galanga Linn

BOTANI :
Tumbuhan kecil yang tumbuh melebar di atas tanah dan mempunyai hanya dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daunnya licin, bujur dan hujung daunnya runcing. Bunganya berwarna putih-ungu . Membiak melalui rizomnya. Ada dua jenis iaitu cekur biasa dan cekur merah. Cekur merah mempunyai daun berwarna perang dan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu atau ungu.

KEGUNAAN:
Sebagai bahan perisa, tonik dan merawat kentut berlebihan. Boleh menghilangkan angin dalam perut kanak-kanak, membantu masalah penghadaman, terseliuh, sakit gigi. Ubinya baik untuk memecahkan lemak dan memanaskan badan. Melembutkan kulit, menghilangkan gatal, menghilangkan daki. Seperti cekur biasa cekur merah juga sesuai bagi wanita bersalin, awet muda. Boleh mencegah keguguran bagi wanita bermasalah, menghilangkan gatal tekak.

1 comment:

Cikgu Jamaruziana said...

Hello, harap dapat memberikan nama saintifik dengan jelas antara cekur hitam dan cekur merah. Sangat memerlukan info untuk melengkapkan projek herbarium saya. tq