Tuesday, July 29, 2008

PEGAGA: INDIAN PENNYWORT


NAMA HERBA : Pegaga
NAMA SAINTIFIK : Hydrocotyle Asiatica/Centella Asiatica/Hydrocotyle verticillata

BOTANI :
Pokok herba yang merayap. Terdapat di semua kawasan tropika yang terbuka. Tumbuh melata di padang rumput, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Tumbuhan menjalar yang tumbuh di kawasan redup dan lembap. Daunnya kecil, lekuk di bahagian tangkai dan bercuping antara tujuh dan lapan cuping serta bergigi-gigi. Cepat membiak dan ditanam menggunakan akarnya. Mempunyai batang yang panjang, lembut serta hijau muda. Ada juga pegaga besar seperti sireh yang dipanggil pegaga gajah. Ia tidak bercuping dan berbentuk bulat dan bergigi-gigi.Ia mempunyai buah bergugus-gugus.

KEGUNAAN:
Daunnya boleh dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Seluruh bahagian pokok dimakan, dibuat jus minuman atau direbus untuk diminum sebagai penawar alahan, antikanser, menghentikan pendarahan dan menyembuhkan luka, melawaskan buang air kecil, merangsang peredaran darah, merawat cirit-birit, merawat sakit kerongkong, penawar kencing berdarah, penawar batu karang, penawar demam panas, penawar ulser, sebagai minuman tonik dan menurunkan tekanan darah tinggi. Juga boleh menambah selera makan, mengurangkan symptom disebabkan oleh tekanan, meningkatkan kecerdasan, menguatkan saluran darah, merawat kejang kaki, mengeluarkan toksid, melegakan sakit kulit. Herba menganjal kulit, menyejukkan badan, mengelakkan demam, mengeringkan keputihan dan memberi keselesaan pada rahim. Ada orang percaya bahawa amalan kerap memakan pegaga menjadikan awet muda dan tubuh badan tidak gemuk.

1 comment:

nswong said...

Hydrocotyle verticillata