Saturday, August 16, 2008

BUNGA TAHI AYAM

NAMA HERBA: Bunga Tahi Ayam
NAMA SAINTIFIK : Lantana camara linn.

BOTANI :
Tumbuh dalam satu perdu tegak yang merambat. Mempunyai cabang dan ranting yang banyak. Terdapat 2 jenis iaitu yang berduri dan tidak berduri. Tumbuh meliar di tempat lapang yang terdedah kepada cahaya matahari. Biasanya di tanam sebagai tanaman hiasan. Baunya agak keras menusuk hidung. Daunnya tumbuh bujur dan tajam di hujung. Tepi daunnya bergerigi . Bunganya tumbuh kecil-kecil dan berbentuk corong dalam satu kuntum yang bulat. Mempunyai pelbagai warna iaitu merah terang, ungu, kuning, putih dan lain-lain.

KEGUNAAN:
Daun, bunga dan akarnya dipercayai boleh mengubati masalah sakit kulit, mengurangkan bengkak bisul dan menyembuhkan luka yang berdarah. Ditumbuk lumat dan tampal ditempat yang sakit.

No comments: