Saturday, August 30, 2008

KACIP FATIMAH


NAMA HERBA: Kacip Fatimah
NAMA SAINTIFIK: Labisia Pumila

BOTANI:
Biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika. Tumbuhan yang tidak mempunyai batang ini tumbuh menegak dan mempunyai ketinggian 30 – 60 sm. Mempunyai antara 5 – 10 helai daun. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di malaysia ialah: Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.

KEGUNAAN:
Batang dan akar kacip fatimah direbus untuk mendapat air rebusan yang diminum oleh wanita hamil untuk merangsang, memudah dan mempercepat proses bersalin.
Ia dikatakan dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan, merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Minuman ini juga diminum untuk mengatasi masalah angin dalam perut dan memulihkan tenaga.

No comments: