Thursday, August 14, 2008

PUTAT




Nama Tempatan: Putat
Nama Saintifik: Barringtonia racemosa (L.) Spreng
Nama Lain: Putat kampung, putat ayam, lamog (Filipina)
Famili: Lecythidaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar
Keterangan:
Putat merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan tepi sungai atau berhampiran dengan kawasan yang berpaya. Ia merupakan sejenis pokok yang bersaiz sederhana dan boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter.Ia di jumpai tumbuh dikawasan asia tenggara dan kepulauan pasifik.
Terdapat dua jenis putat yang selalunya dijadikan ulam oleh masyarakat melayu iaitu putat hijau dan putat merah. selain dari pucuknya buahnya juga boleh dijadikan ulam.Ada juga putat yang dipanggil putat laut(Barringtonia asiatic) seperti namanya putat ini biasa dijumpai tumbuh berhampiran dengan pantai.daunnya juga agak berbeza dengan daun putat paya dengan warna daunnya hijau gelap yang berkilat.Bentuk buahnya juga berbeza.
Walaupun habitat asalnya berhampiran dengan laut ia juga boleh ditanam dalam medium yang lain.
Untuk keterangan lanjut mengenai putat laut dan gambarnya sila ke http://www.forestry.sarawak.gov.my/forweb/np/np/tdpic/tdemb.htm. Ini pula pautan untuk putat : http://toptropicals.com/catalog/uid/barringtonia_racemosa.htm
Kegunaan:
Ekstrak biji putat terbukti secara saintifik mempunyai sifat anti kanser. Di kerala India biji putat digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang menyerupai kanser(ketumbuhan).
: melur.com

No comments: