Monday, August 18, 2008

LEMBA


NAMA HERBA : Lemba
NAMA SAINTIFIK : Curculigo Latifolia

BOTANI :
Tumbuh secara berumpun yang agak besar. Ditemui di kawasan belukar. Daunnya ringkas , hijau keras, berbentuk bujur. Daunnya menirus pada kedua-dua hujung dan pangkalnya. Bahagian tepi daunnya licin dan banyak urat pada permukaannya. Mempunyai bunga berwarna kuning. Buahnya berada dalam bentuk tandan seperti buah pinang dan mempunyai rasa yang manis. Rasa manisnya akan melekat agak lama pada lidah, sehinggakan makan makanan lain atau minum air putih akan merasa sangat manis. Membiak melalui rizom.

KEGUNAAN:
Buahnya dijadikan campuran dalam sirap seperti biji selasih dan berfungsi menyejukkan badan kita. Mempunyai khasiat menyembuhkan sakit kepala dan ulser mulut. Merawat kencing manis , melegakan bengkak, mengubat luka, penawar demam malaria.

1 comment:

Hassan said...

Saya ingin mendapat benih atau pun anak pokok lemba untuk simpanan saya. Sila hubungi saya at hassand38@yahoo.com