Wednesday, June 29, 2011

LENGKUAS (GALANGAL)



Nama tempatan/Common name:  Lengkuas (Bahasa Melayu), Galangal (Bahasa Inggeris)
Nama-nama lain/Other names: Blue ginger, Galanga, Laos
Nama saintifik/Scientific name:  Alpinia Galanga stuntz
Genus: Alpinia
Famili/Family: Zingiberaceae

Saya gemar beli ubi lengkuas (Alpinia Galanga stuntz) dan simpan di rumah untuk digunakan sebagai salah satu ramuan untuk Mandian Herba.
Selain digunakan sebagai bahan untuk masakan dan untuk Mandi Herba, lengkuas juga ada kegunaan yang lain.  Berikut adalah sebahagian daripada khasiat lengkuas.
  • menambahkan selera makan;
  • membersihkan darah;
  • merawat sakit kepala;
  • merawat penyakit kulit seperti panau dan kudis.
  • mencairkan kahak;
  • merangsang otot;
  • meningkatkan tenaga batin;
  • mencegah mabuk laut;
  • afrodisiac;
  • merawat penyakit rheumatik.
Biasanya ubi lengkuas akan direbus bersama herba-herba lain untuk dijadikan ubat.  Misalnya, untuk mencairkan kahak dan merawat bronkitis, 2 ketul lengkuas, 2 ketul temu lawak dan 2 ketul halia sebesar ibu jari direbus bersama daun kayu manis dan 3 cawan air untuk diminum pagi dan malam.


VERSI BAHASA MELAYU
I like to buy the Galangal Rhizome to keep as home as one of the ingredients for a herbal bath.
Besides it being used for culinary purposes and for Herbal Baths, the Galangal has other uses as well.  The following are some of the uses:
  • as an appetizer;
  • to cleanse the blood;
  • to relieve headaches;
  • to treat skin diseases;
  • to treat phlegm;
  • stimulate the muscles;
  • increase ones stamina;
  • to prevent seasickness;
  • as an aphrodisiac;
  • to treat rheumatism.
Rujukan/Reference: