Wednesday, June 29, 2011

LENGKUAS (GALANGAL)



Nama tempatan/Common name:  Lengkuas (Bahasa Melayu), Galangal (Bahasa Inggeris)
Nama-nama lain/Other names: Blue ginger, Galanga, Laos
Nama saintifik/Scientific name:  Alpinia Galanga stuntz
Genus: Alpinia
Famili/Family: Zingiberaceae

Saya gemar beli ubi lengkuas (Alpinia Galanga stuntz) dan simpan di rumah untuk digunakan sebagai salah satu ramuan untuk Mandian Herba.
Selain digunakan sebagai bahan untuk masakan dan untuk Mandi Herba, lengkuas juga ada kegunaan yang lain.  Berikut adalah sebahagian daripada khasiat lengkuas.
  • menambahkan selera makan;
  • membersihkan darah;
  • merawat sakit kepala;
  • merawat penyakit kulit seperti panau dan kudis.
  • mencairkan kahak;
  • merangsang otot;
  • meningkatkan tenaga batin;
  • mencegah mabuk laut;
  • afrodisiac;
  • merawat penyakit rheumatik.
Biasanya ubi lengkuas akan direbus bersama herba-herba lain untuk dijadikan ubat.  Misalnya, untuk mencairkan kahak dan merawat bronkitis, 2 ketul lengkuas, 2 ketul temu lawak dan 2 ketul halia sebesar ibu jari direbus bersama daun kayu manis dan 3 cawan air untuk diminum pagi dan malam.


VERSI BAHASA MELAYU
I like to buy the Galangal Rhizome to keep as home as one of the ingredients for a herbal bath.
Besides it being used for culinary purposes and for Herbal Baths, the Galangal has other uses as well.  The following are some of the uses:
  • as an appetizer;
  • to cleanse the blood;
  • to relieve headaches;
  • to treat skin diseases;
  • to treat phlegm;
  • stimulate the muscles;
  • increase ones stamina;
  • to prevent seasickness;
  • as an aphrodisiac;
  • to treat rheumatism.
Rujukan/Reference: 

TEBU HITAM (BLACK STEMMED SUGAR CANE)



Nama tempatan/Common name:  Tebu Hitam, Black Stemmed Sugar Cane
Nama Saintifik/Scientific name: Sacharum Offcinarum
Famili/Family:  Gramineae
KHASIAT PERUBATAN
Dalam perubatan tradisional, pokok tebu hitam  digunakan untuk mengubati batuk, mengurangkan panas badan, menambah selera makan dan mengatasi masalah jantung berdebar. 
Air perahan tebu hitam juga mempunyai khasiat tersendiri termasuk mengubati batuk dan mengurangkan panas badan. Caranya ialah dengan membakar terlebih dahulu lima atau enam ruas tebu hitam.  Selepas itu ia dikupas dan diperah sebelum airnya diminum begitu saja.  Tebu hitam banyak dipercayai oleh pihak tertentu bahawa ia boleh menghalang serangan santau, ilmu hitam dan ilmu ghaib.
MEDICINAL PROPERTIES
In traditional medicine, black stemmed sugar cane is used for treating coughs, to reduce heatiness, as an appetiser and to overcome heart palpitations.  One needs to roast 5 to 6 joints of the sugar cane before removing the skin and pressing out the juice for drinking.  There are some who believe that the black stemmed sugar can be used to ward off attacks of santau, black magic and the supernatural.
Rujukan/Reference: http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=228614&extra=&page=2

Wednesday, June 22, 2011

GETTING HELP FOR EXHIBITION ON HERBAL BATHS

 The lady I am pictured with above is Mak Uda.  She is a bidan or midwife.  Puan Kamariah and I went to see her this afternoon to get a herb by the name of Seringan which she grows in her compound. Mak Uda was kind enough to give me the leaves for the latest exhibition in the library and I even got the Seringan plant for the Herb Garden.  Besides that Mak Uda also imparted quite a bit of knowledge about herbs that were used for ladies in confinement.  Besides the seringan, I got the Manjakani, Halban, Cabang Tiga and Pisang Kelat plants as well.

VERSI BAHASA MELAYU
MENDAPATKAN BANTUAN UNTUK PAMERAN MANDIAN HERBA
Wanita yang bergambar bersama saya di atas ialah Mak Uda.  Beliau adalah seorang bidan.  Puan Kamariah dengan saya meminta tolong Mak Uda untuk mendapatkan herba yang bernama seringan yang tumbuh di taman rumah beliau.
Mak Uda sedia membantu kami dengan memberi daun-daun seringan untuk pameran "Mandian Herba Tradisional" yang akan diadakan di perpustakaan sekolah dari 20 Jun sehingga 8 Julai 2011.  Saya juga dapat pokok seringan untuk ditanam di Taman Herba.  Selain itu, Mak Uda juga berkongsi pengetahuan tentang herba-herba yang digunakan untuk mandian wanita selepas bersalin.  Mak Uda juga menghadiahkan saya dengan pokok Manjakani, Halban, Cabang Tiga dan Pisang Kelat untuk taman sekolah.

 Kamariah plucking some Halban leaves. (Kamariah memetik daun Halban.)
Mak Uda digging up some herbs for me. (Mak Uda mendapatkan herba untuk saya.)

Tuesday, June 21, 2011

GIVING A TALK ABOUT HERBAL BATHS






During assembly last Friday, I gave a talk about "Traditional Herbal Baths" to the teachers and students.  As herbs is something I am very passionate about, I took great pains to prepare the talk and also look up information to share with everyone about the benefits of taking Herbal Baths or Mandi Herba.  My librarians and I also plucked aromatic leaves from the herb garden to distribute to the teachers and students so that they could get a whiff of the wonderful scent of such leaves.


VERSI BAHASA MELAYU
MEMBERI CERAMAH TENTANG MANDI HERBA
Semasa perhimpunan minggu lepas, saya memberi ucapan tentang "Mandian Herba Tradisional" kepada guru-guru dan pelajar.  Memandang herba adalah sesuatu topic kegemaran saya, saya membuat persiapan secukupnya untuk memberi ucapan dan juga telah mendapatkan lebih maklumat untuk berkongsi dengan semua tentang manfaat Mandi Herba.  Pengawas Pusat Sumber saya juga membantu memetik daun-daun aromatik dari Taman Herba untuk dibahagi kepada para hadirin supaya mereka dapat bau aroma daun-daun itu.




How effective was the talk?  Well, I am please to report that afterwards, there were a few teachers and students who had made enquiries and there were a few more who came and asked for herbs to take Herbal Baths.  A couple of students asked for the recipe for the drink to get rid of wind.
Hmm ... not bad.


VERSI BAHASA MELAYU
Berkesan tak ceramah yang saya bagi minggu lepas?  BERKESANLAH.  Selepas sahaja perhimpunan beberapa orang guru dan pelajar berjumpa saya untuk meminta herba untuk Mandi Herba.  Dua orang pelajar juga meminta resipe untuk minuman untuk membuang angin.  Boleh tahan juga.

HERBAL BATH / MANDI HERBA

 Here are 27 types of herbs that I had taken from the school herb garden.  They include the leaves of the following plants pandan, Indian Jujube, jackfruit, belimbi, guava leaves, Inai, kaffir lime, serai wangi,  assam jawa, lemon, custard apple, lengkuas, anona, beluntas, kantan, cinnamon, ficus, bebuas, sirih, kaduk, cempaka, kemangi, cermai, assam gelugor and pomelo.  I also added ginger, lengkuas and pandan flower. 
When I got home, I gave all the leaves a thorough washing.
 


VERSI BAHASA MELAYU
Di sini adalah 27 jenis herba yang saya ambil dari Taman Herba sekolah.  Berikut adalah daun pokok-pokok yang diambil; pandan, bidara, nangka, belimbing buluh, jambu batu, inai, limau purut, serai wangi, assam jawa, lemon, durian belanda, lengkuas, mengkudu, beluntas, kantan, kayu manis, ara, bebuas, sirih, kaduk, cempaka, kemangi, cermai, assam gelugor dan limau bali.  Saya juga tambah halia, lengkuas and bunga kantan.
Bila saya sampai rumah, saya membasuh semua daun tersebut.
I rinsed with water for a few times before placing them in a 5 litre pot to boil for about 45 minutes.  Lastly I added a fistful of rock salt to the concoction. 
After that I'd wait a while before immersing a towel to absorb the herbal concoction.  I'd use the hot towel to dab all over my body over and over again.  After that I'd wait for the water to become lukewarm before taking a bath with it.  Some of my friends add water to make it less hot, they say that it takes ages for the water to cool.  That is okay but the best effect is to use the undiluted herbal concoction for the bath.  After taking such a bath, one feels light and also energised. The benefits of the herbal bath is that it helps to rid the body of wind, strengthen the bones, improves blood circulation and improves the quality of the skin.  It is also very calming and invigorating.


VERSI BAHASA MELAYU
Saya membasuh daun-daun tersebut beberapa kali sebelum letak dalam pot 5 liter untuk dimasak selama 45 minit.  Akhir sekali, saya letak segenggam garam kasar.  Lepas itu, saya akan memasukkan sehelai tuala kecil dalam air mandian herba yang telah didih.  Saya akan guna tuala itu untuk tuam seluruh badan.  Lepas itu saya akan tunggu sehingga air menjadi suam sebelum mandi dengan air yang tinggal dalam pot.  Kawan-kawan saya akan tambah air untuk menjadinya suam lebih cepat tetapi adalah lebih baik jika mandi dengan air rebusan yang asal.  Selepas mandi herba, seorang akan rasa lebih ringan dan bertenaga.  Manfaat mandi herba adalah untuk membuang angin dari badan, menguatkan tulang, membantu pengaliran darah dan menjadi kulit lebih elok.  Ia juga ada efek untuk menenteramkan dan menyegarkan seorang.

Monday, June 20, 2011

MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK PAMERAN MANDIAN HERBA













 I am currently busy with the exhibition on herbal baths for the school library.  This afternoon, a few of my students helped me to write down the information about the different types of herbal baths, e.g. Steam Bath, Mandian Permaisuri, Oil bath, Floral bath, etc. 

VERSI BAHASA MELAYU
Kini saya sibuk membuat persiapan untuk pameran Mandian Herba untuk perpustakaan sekolah.  Petang ini beberapa pelajar membantu saya menyalin maklumat tentang jenis-jenis mandian herba seperti Mandi Wap, Mandian Permaisuri, Mandi Minyak, Mandi Bunga dsbnya.


 A few of the librarians put the information they had written under the sheet of glass./
Pengawas Perpustakaan meletak maklumat yang mereka salin di bawah kaca meja.

Here is what we have done with the exhibition so far.  There are more exhibits to be displayed.  Next week we will be holding a competition about the herbs used for the baths.  The prizes for the competition will be sponsored by the school cooperative.  
VERSI BAHASA MELAYU
Inilah persiapan untuk pameran yang telah disediakan sehingga kini.  Ada lagi bahan-bahan yang belum dipamerkan.  Minggu depan, kami akan mengadakan pertandingan tentant herba yang digunakan untuk mandian.  Hadiah pertandingan akan disponsor oleh Koperasi sekolah.

Wednesday, June 15, 2011

HALBAN




Nama tempatan/Common names:  Halban, Leban
Nama saintifik/Scientific nameVitex pubescens Vahl.
Famili/Famili:  Verbenaceae
Botani
Pokok halban boleh ditemui tumbuh liar di kawasan kampung, di tepi sungai dan di hutan. Pokok halban sederhana hingga besar, mencapai 25 m tingginya. Kulit batangnya berwarna kuning kelabu. Kulit batang pokok tua merekah dan berkeping-keping nipis.  Terdapat beberapa jenis pokok halban, contohnya halban putih dan halban kuning. 
Kegunaan
Daun halban digunakan untuk mengubati luka dan demam. Bagi mengubati luka, daun diramas di tapak tangan dan disapu pada luka. Untuk mengubati demam, daun ditumbuk dan dituam pada kepala dan badan.
Akar pokok halban digunakan sebagai ramuan selepas bersalin, sakit badan, menguatkan tenaga zahir dan batin, juga untuk mengawet muda.  Manakala daun dan kulit pokok berperanan untuk memulihkan kesihatan ibu lepas bersalin.  Daunnya direbus dan didmakan sebagai ulam untuk membuang angin dari dalam tubuh badan.  Daunnya direbus dan dimakan sebagai ulam untuk membuang angin dalam tubuh badan.

ENGLISH VERSION
BOTANY
Halban can be found growing wild in the kampung, the river banks and in the jungle.  The average or fully grown halban tree can reach a height of 25m.  The bark of the tree is yellowish-grey.  There are a few types of halban, example white halban and yellow halban.
USES
Halban leaves are used to treat wounds and fever.  To treat wounds, the leaf is crushed in the palm and applied to the wound.  To treat fever, the leaf is pounded and applied to the head and body. 
The root of the plant is one of the ingredients used for ladies in confinement, body aches and for physical and spiritual uplifting. It is also said to help maintain youthfulness. The bark and leaves of the tree are believed to play a part in aiding ladies in confinement to regain their health.  The leaves are boiled and eaten as ulam to help rid the body of wind.


Rujukan/References: 
http://karimon.wordpress.com/2010/07/08/halban-kuning/
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a72854.htm
http://rawatantradisional.blogspot.com/2007/08/halban.html 

POKOK PISANG KELAT



Saya dimaklumkan oleh seorang bidan bahawa daun pokok pisang kelat adalah satu-satunya daun pisang yang boleh digunakan sebagai ramuan dalam mandian herba untuk wanita yang lepas bersalin.  Pisang kelat juga boleh dimakan oleh ibu dalam tempoh pantang.
Pokok pisang kelat yang dipaparkan di atas terdapat di masjid Kampung DSK, Seri Manjung.

ENGLISH VERSION
I was told my a midwife that the leaves of the Pisang Kelat or Banana Kelat plant is the only banana leaf that can be used as an ingredient in the bath for a woman who has given birth.  The pisang kelat can also be safely eaten by ladies in confinement.
The Pisang Kelat plant above can be found in the compound of the Kampung DSK Mosque in Seri Manjung.


Nama tempatan/Common names:  Pisang Kelat, Pisang Kelat Keling
Nama saintifik/ Scientific nameMusa acuminata x balbisiana Colla


Rujukan/Reference: 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pisang_Kelat_Keling

Sunday, June 12, 2011

GOD'S CROWN / MAHKOTA DEWA




The red fruit of the Mahkota Dewa plant (God's Crown) above looks inviting, doesn't it?  It was planted by my former principal in the school compound about 18 months ago and it is now bearing fruit.  However, I have to put up a sign soon as a warning not to eat the fruit without processing.  If eaten raw, the fruit is poisonous.  
To make the fruit safe for consumption, the unripe green fruit as well as the ripened red fruit can be shredded and sun-dried. Take one tablespoon (no more) of this dried shredded flesh and mix it with a glass of boiling hot water to make a beverage infusion. It is believed that the flesh of the Mahkota Dewa fruit contains the anti-oxidant compounds that fight cancer. This is not recommended for pregnant women as consumption of this non-prescribed alternative medicine can endanger the unborn foetus.
Reference: http://hubpages.com/hub/Gods-Crown-the-Forbidden-Fruit

VERSI BAHASA MELAYU
Buah Pokok Mahkota Dewa di atas nampak sangat sedap, kan?  Pokok ini telah ditanam oleh mantan pengetua sekolah saya lebih kurang 18 bulan dahulu.  Sekarang pokok ini mula berbuah.  Saya akan meletakkan tanda amaran dekat pokok ini supaya tidak ada sesiapa makan buah ini tanpa diproses.  Kalau dimakan begitu sahaja, buah ini beracun.
Untuk menjadikan buah ini selamat dimakan, buah yang mentah dan yang masak perlu dihiris dan dijemur.    Ambil satu sudu, hirisan ini dan masukkan dalam air panas untuk jadikan minuman herba.  Isi buah Mahkota Dewa dipercayai mengandungi anti-oksidan yang boleh melawan penyakit kanser.  Perempuan yang hamil tidak digalakkan makan herba ini.
Rujukan: http://hubpages.com/hub/Gods-Crown-the-Forbidden-Fruit

Thursday, June 9, 2011

MAKING A HERBAL PILLOW FROM LEMUNI LEAVES






The teacher in charge of the Herb Garden in my school did a major pruning of the Legundi/Lemuni tree on Wednesday morning.  When I saw all the branches, I decided to pluck the leaves to make into a herbal pillow.  I also got my library assistant to do the same.  It would be a waste to just throw the leaves away, wouldn't it?
This is a great remedy to help relieve or prevent headaches.



MALAY VERSION
MEMBUAT BANTAL HERBA DARI DAUN LEMUNI
Guru Taman Herba sekolah saya telah memotong ranting-ranting pokok legunid/lemuni di taman pada pagi Rabu.  Bila saya nampak semua ranting-ranting pokok, saya dapat idea untuk membuat bantal herba dari daun-daun lemuni.  Saya juga menyakinkan pembantu perpustakaan sekolah untuk mengutip daun-daun untuk tujuan yang sama.  Pada pendapat saya, memang membazir kalau membuang daun lemuni begitu sahaja.
Bantal Herba Lemuni boleh membantu melegakan atau mencegah daripada mendapat sakit kepala.

HERBAL REMEDY FOR COUGH





One of my friend's wife had been coughing more than two years.  She had tried a lot of medication and cures but the cough did not go away.  She even had her chest X-rayed on the advice of her doctor.  The X-ray showed that the lungs were okay.

I asked my Sifu for advice and he recommended a herbal remedy for her cough.  He said that she needed to drink the herbal concoction for 3 times and she'd be okay.  Know what?  She only drank it once and became better. Last week, I heard from her hubby that she was not coughing any more. 

Here is the recipe.

Ingredients
1 winter melon (kundur)
a handful of dried longan
a handful of Snow fungus (Tremella fuciformis))
1 lo han ko (Arhat Fruit)

Method

  1. Wash the winter melon.
  2. Cut the top to make a lid.
  3. Scoop out the seeds from the winter melon.
  4. Add into the winter melon the lo han ko, the snow fungus and dried longan
  5. Add boiled water to the winter melon.
  6. Close the lid.
  7. Double boil for half an hour before drinking. 
**  You can add in one lump of rock sugar if you want it a bit sweet but this is optional.

VERSI BAHASA MELAYU

Isteri seorang kawan saya telah batuk selama dua tahun.  Beliau telah mencuba banyak jenis rawatan tetapi penyakit tak mahu hilang.  X-ray menunjukkan paru-paru beliau adalah sihat.
Saya mendapatkan resipe herba untuk batuk untuk beliau.  Ramuan itu mesti diminum tiga kali.  Selepas minum hanya sekali ramuan itu, keadaan beliau semakin pulih.

Inilah resipe batuk.

Bahan
1 biji kundur
1 genggam longan kering
1 genggam snow fungus
1 biji buah lo hon ko

Cara

  1. Basuh biji kundur.
  2. Potong bahagian atas biji kundur untuk dijadikan tudung.
  3. Keluarkan biji dari buah kundur.
  4. Masukkan lo han ko, the snow fungus dan longan kering dalam buah kundur.
  5. Tambah air masak dalam buah kundur.
  6. Tutup dengan tudung.
  7. Double boil untuk 30 minit sebelum minum.
**  Anda boleh tambah gula batu kalau inginkan lebih manis.  

Tuesday, June 7, 2011

RUMPUT ISRAEL


NAMA HERBA/HERBAL NAME :Rumput Israel, Israel Grass, Chinese Violet
NAMA SAINTIFIK/SCIENTIFIC NAME: Asystasia Gangetica L.
FAMILY/FAMILI:Acanthaceae
GENUS: Asystasia


BOTANI :
Rumpai merupakan tumbuhan yang banyak terdapat ditepi-tepi jalan, belukar dan ladang. Merupakan rumpai perosak utama diladang-ladang getah dan kelapa sawit di Malaysia. Di bidang penternakan ia boleh dijadikan makanan binatang ternak terutamanya lembu, kambing dan biri-biri.


KEGUNAAN:
Tumbuhan ini digunakan untuk mengubat luka akibat dari gigitan serangga dengan cara melumatkan daunnya dan menampalnya pada tempat luka tersebut.


ENGLISH VERSION

Israel Grass is a plant that is widely found by the roadside, thickets and fields. Grass is considered a weed which causes damage to rubber plantations and palm oil estates in Malaysia.  In agriculture, it is used as animal feed especially for cattle, goats and sheep.   
USES
This herb can be used to treat wounds from insect bites by pounding the leaves and applying it onto the wound.


Sumber/Sources:
http://www.plantzafrica.com/plantab/asystasiagan.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Asystasia_gangetica
http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=44&cat=HERBA